Rawatan selepas pembedahan
Pada 22 Disember 2017, saya diwadkan ke hospital pada tengah malam disebabkan oleh keradangan apendiks. Saya mula berpuasa keesokan harinya, hanya boleh minum sedikit air. Jadi, saya tambahkan Potent setiap kali minum air dan sedikt-sedikit habiskan setiap kali. Pembedahan dijalankan pada hari 24 Disember, tidak boleh makan lagi selepas bangun, jadi saya mengambil segelas Potent dengan perlahan-perlahan. Saya tidak berasa tidak selesa yang disebabkan oleh ubat Anestetik selepas bangun, jururawat juga kata saya kelihatan bersemangat.
Pada 25 Disember bila saya bersedia untuk keluar dari wad, kecemasan berlaku. Disebabkan oleh pendarahan dalaman, saya menjalani pembedahan kali kedua. Pembedahan kecemasan dijalankan pulul 12 tengah hari dan saya bangun kira-kira pukul 4 petang. Saya dilarangkan makan untuk 4 hari, hanya bergantung kepada cecair drip dan minum air, jadi saya tambahkan Potent setiap kali saya minum air. Berat badan hanya menurun 1 kg dalam tempoh dilarangkan makan selama 4 hari, semangat pun agak baik. Saya dibenarkan makan pada 27 Disember, jadi saya mula dengan mengambil Grain. Pada 28 Disember bila sedia untuk keluar wad, saya baru tahu bacaan heme menurun ke 9 lebih pada 25 Disember dan 1 pek darah dimasukkan ke badan saya, tetapi saya langsung tidak rasa ketidakselesaan yang disebabkan oleh anemia.
Bacaan heme saya merupakan 10.2 semasa keluar wad. Selepas balik ke rumah, saya teruskan mengambil 2 pek Mediterranean Gold dan 2 pek Potent setiap pagi, tengah hari dan malam. Saya meneruskan cara pengambilan ini selama 1 bulan. Saya mula mengambil 4 pek Mediterranean Gold dan 4 pek Potent pada bulan kedua. Saya menjalani pemeriksaan darah pada 26 Mac 2018 dan mendapati bacaan heme telah menaik ke 13.7!
Saya amat bersyukur kerana terdapat Potent kali ini, membolehkan kekuatan fizikal dan mental saya berada dalam keadaan yang baik. Proses pemulihan di rumah juga bertambah cepat disebabkan oleh Potent, Mediterranean Gold dan produk RL yang lain.
Produk:
REOXlife Potent
REOXlife Mediterranean Gold
NUREOX Grain